Akaun warungkakibuku.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
BUYA HAMKA BERBICARA TENTANG PEREMPUAN

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 

Ada orang bertanya kepada Rasulullah, “Kepada siapa aku mesti memberikan pembaktian?” Baginda menjawab, “Ibumu!” Ditanyanya sekali lagi, masih dijawab, “Ibumu!” Ditanyanya sekali lagi, masih dijawab, “Ibumu!” Tanya yang keempat barulah dijawab, “Ayahmu!” 

Begitu tinggi kemuliaan seorang Ibu. Jika berlainan agama sekalipun, Ibu tetap harus dihormati. Bagaimana Saad bin Abi Waqqas yang sangat cinta kepada ibunya yang berlainan agama.

Bagaimana, reda Allah bergantung pada reda ibu dan bapa. Anak yang baik, taat dan mengerjakan solat sekalipun tapi derhaka pada ibu bapa, apa pengakhirannya? Sukar untuk mengucap kalimah "La ilaha illallah" selagi tidak mendapat kemaafan atau reda ibu bapanya. Sedih kan?

Jadi hormati dan sayangilah ibumu yang menyusukankan kita. Walaupun bukan ibu kandung, tarafnya sama seperti ibu sendiri. Begitu hebat Islam dalam memandang perempuan yang telah menyusukan kita pada waktu kecil.

Begitulah letak ibu dalam ajaran dan pandangan Islam, dituntun oleh firman Ilahi sendiri dalam al-Quran. Diiringi dengan keterangan-keterangan yang diberikan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri.

Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan membicarakan tentang kehidupan perempuan dari sudut pandang Islam. 16 bab yang menyentuh kemuliaan dan hakikat perempuan dalam Islam yang telah dijelaskan dalam Al-Quran dan hadis dalam gaya bahasa yang indah untuk diselami. Sekaligus menjawab tuduhan daripada golongan tertentu yang pernah menyatakan Islam dianggap tidak memuliakan perempuan dengan meletakkan pembatasan tertentu.

Penjelasan ilmiah untuk kita sedar sesuatu tentang ciptaan-Nya yang istimewa.

Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan dalam edisi Bahasa Melayu mengikut standard DBP, masih mengekalkan gaya bahasa Hamka dan paling istimewa ada ilustrasi menarik di dalamnya.











Ayuh dapatkan naskhah istimewa ini sekarang!

TAWARAN HARGA :

1 BUKU : RM25 + CAJ POS RM6/SM & RM12/SS

BUNDLE 3 BUKU : RM67 + PERCUMA POS SELURUH MALAYSIA

BUNDLE 10 BUKU : RM200 + PERCUMA POS SELURUH MALAYSIA